CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Notes of Bakery (In Malay Language)

COKLAT CHIP MUFIN
ADA DUA CARA BOLEH GUNA:

A.        Guna Instant Muffin Mix daripada jenama Nona atau jenama lain. Boleh didapati di pasaraya. Ikut sahaja arahan dibelakang kotak & senang difahami cara buatnya. First timer boleh guna yang plain mix muffin dan tambah chocolate chips ke dalam adunan (jika suka untuk menggunakan tepung sedia ada).

B.        Adun tepung sendiri

Bahan-bahan:
2 eggs
1 cup (220 g) sugar
1 cup (110 g) all-purpose flour (tepung serba guna)
6 tablespoons cocoa powder
2 teaspoons (sudu kecil) baking powder
1 teaspoon (sudu kecil) vanilla essence
2/3 cup (160 ml) milk
50 g butter - cairkan
100 g vegetable oil (guna minyak daisy)
chocolate chips (optional)

CARA:

Satukan bahan2 kering iaitu tepung, serbuk koko dan baking powder di dalam satu bekas dan gaulkan sehingga sebati dan ketepikan. Di dalam bekas yang lain, pukul telur & gula dalam kelajuan sederhana dengan mixer atau whisk. Kemudian masukkan esen vanilla & susu. Memadai kacau sahaja dengan sudip kayu atau spatula sehingga sebati.

Selepas itu, barulah dimasukkan bahan2 kering tadi dan memadai juga dengan mengacaunya biar sebati dengan bahan cecair tadi. Dan akhir sekali masukkan mentega yang telah cair & susu.

Pastikan bila gaulkan adunan untuk sebati, janganlah terlebih gaul. Hanya memadai untuk nampak adunan itu telah sebati sahaja supaya muffin menjadi lembut, tidak mendap dan boleh masak dgn elok.

Masukkan adunan ini ke dalam mufin cup dan pada masa yang sama, panaskan ketuhar kepada 180C untuk 15 minit. Setelah semua adunan dimasukkan ke dalam cup, baru masukkan coklat chip (terpulang berapa banyak nak masuk dlm satu cup). Ini untuk memastikan chip timbul di atas muffin apabila masak.

Setelah ketuhar tadi panas, bakar mufin sehingga 30 minit atau test muffin sudah elok masak atau tidak dgn mencucuk tester (boleh guna cungkil gigi utk jd tester), sehingga tiada terdapat sebarang adunan yang melekat pada tester ini.

SELAMAT MENCUBA!